<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2649887037526626449\x26blogName\x3dKegemaran+Saya\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-izah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-izah.blogspot.com/\x26vt\x3d7584705480861820653', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
-Tuesday, July 15, 2008-8:15 PM Y

Saya pernah mengatakan bahawa saya suka berbasikal. Sejak awal tahun ini, saya baru pandai menaiki basikal dan menunggangnya di taman Pasir Ris. Dahulu, saya tidak pandai untuk menunggang basikal beroda dua. Kini, bapa telah mengajar saya bagaimana hendak menunggang basikal yang beroda dua. Kadang-kala, Sabtu atau Ahad saya akan ke taman dan bapa mula mengajar saya. Saya berasa ghairah dan gembira kerana sudah boleh mengayuh basikal dengan betul. Apabila saya baru belajar menaiki basikal, saya mengayuh basikal yang beroda empat. Bagi saya, menunggang basikal yang beroda empat ini ialah seperti kebudak-budakan dan juga sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah sahaja. Emak saya memberitahu saya bahawa dia mahu saya belajar bagaimana hendak bersepatu roda tetapi saya tidak meminatinya. Emak saya tidak memaksa saya untuk belajar bersepatu roda itu. Itulah pengalaman saya yang saya alami tahun ini.

merah jambu : kegemaran saya




-Monday, July 14, 2008-9:05 PM Y

Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, saya ke chalet yang terletak di Pasir Ris. Saya ke sana bersama-sama saudara-mara. Nama chalet itu adalah Costa Sand Resort. Tempatnya agak besar dan suasana di sana juga sungguh riuh-rendah dengan ramai orang. Hari Sabtu. saya dan saudara-mara saya pergi berenang. Kami berasa gembira kerana ini adalah pertama kali kami ke kolam renang itu. Setelah mandi-manda di kolam renang itu, kami dengan segera beredar dari situ. Sampai sahaja di chalet, setiap seorang daripada kami terus ke tandas untuk membersihkan badan. Setelah itu, kami berasa lapar dan dahaga. Kami terus ke dapur dan mengambil makanan dan minuman. Sambil makan dan minum, kami menonton televisyen. Pada hari Sabtu dan Ahad malam, kami membakar ayam. Saya menyambut hari lahir saudara- mara saya serta yang lain. Ia agak menyeronokkan jika bersama-sama saudara kita. Saya inginkan satu lagi chalet seperti ini pada cuti sekolah yang akan datang tidak lama lagi. Sehingga berjumpa lagi!!!

merah jambu : kegemaran saya




-Thursday, July 10, 2008-5:24 PM Y

http://news.filefront.com/wp-content/uploads/2007/05/strawberry-shortcake.gif
Watak kegemaran saya ialah Strawberry Shortcake dan juga rakannya, Blueberry Muffin. Strawberry Shortcake juga ada rakan-rakan yang lain.Nama rakan-rakannya adalah,Blueberry Muffin, Lemon Meringue, Raspberry Torte, Ginger Snap, Angel Cake, Huckleberry Pie, Tea Blossom dan Crepes Suzette, Frosty Puff dan Orange Blossom. Strawberry Shortcake seorang budak perempuan yang manis dengan rambutnya yang berwarna merah dan bagi Blueberry Muffin, dia seorang budak perempuan yang membuat baulu yang terlazat. Blueberry Muffin juga suka membaca buku-buku cerita. Dia benar-benar mempunyai sedikit imaginasi. Dia tinggal di Blueberry Valley. Walaupun kedua-dua watak ini saya gemari, saya akan tetap pilih Strawberry Shortcake kerana dia ada ramai rakan-rakan yang sebaya dengannya. Dia juga seorang budak yang cantik dan manis. Strawberry Shortcake juga comel dengan rambutnya itu. Topi yang dipakainya lawa dan ada juga beberapa strawberi-srawberi yang terdapat di topinya itu. Hingga berjumpa lagi!!!



merah jambu : kegemaran saya




-Wednesday, July 9, 2008-9:03 PM Y

http://images.google.com.sg/images?hl=en&q=swimming+pool&gbv=2 Saya suka berenang kerana ia dapat menghilangkan penyakit semput kata guru bahasa melayu saya. Saya akan bercerita tentang pengalaman saya semasa saya berada di Kolam Renang Tampines. Kadang-kala, saya akan ke Kolam Renang Tampines pada hujung minggu bersama-sama keluarga dan saudara-mara. Saudara saya suka melompat dahulu sebelum masuk ke dalam kolam renang itu. Setelah itu, saya pun turut serta dengan mereka. Kami pergi ke papan gelongsor yang terdapat di kolam renang itu. Kami berebut-rebut untuk menaiki papan gelongsor itu. Setelah kami turun dari papan gelongsor itu, kami berasa dahaga dan lapar. Kami terus pergi ke arah ibubapa kami dan mereka memberi botol air dan kontainer yang berisi Nasi Ayam. Dengan segera, kami mengambil sudu dan garpu dengan pantas kerana tidak sabar untuk makan makanan yang begitu menyelerakan. Setelah habis, kami pun menelan air yang sejuk itu. Kami berehat dan melihat orang-orang yang lain bermain. Salah seorang daripada kami ketawa terbahak-bahak melihat gelagat budak lelaki itu. Beberapa jam kenudian, kami pun beredar dari tempat itu. Kami pulang ke rumah masing-masing dan berehat di atas katil. Saya tidak dapat melupakan pengalaman itu. Ia sungguh menarik.





merah jambu : kegemaran saya




--7:13 PM Y

Filem Kegemaran Saya
http://www.impawards.com/2008/posters/kung_fu_panda.jpg


Saya suka menonton filem Kung Fu Panda kerana ada 8 watak yang menarik. Ia ditayangkan di pawagam pada 6 Jun 2008. Saya pergi menonton filem ini di pawagam Pasir Ris. Watak-watak yang terdapat di dalam cerita ini ialah Po, Master Tigress, Master Monkey, Master Crane, Master Viper, Master Mantis, Master Shifu dan Tai Lung. Watak yang saya gemar ialah Master Monkey kerana dia sangat peramah dan suka berjenaka di kalangan kawan-kawannya. Saya juga suka watak Master Tigress. Master Tigress adalah haiwan yang paling kuat dan berani. Watak yang saya tidak beberapa suka ialah Tai Lung. Pada suatu hari, semua orang percaya yang Tai Lung ialah pelawan yang terbaik. Yang paling pendek di kalangan kawan-kawan yang lain ialah Master Mantis. Filem ini agak lucu dan beberapa orang yang ketawa terbahak-bahak. Kami pun rasa selera kerana sambil menonton filem Kung Fu Panda, saya boleh makan jagung dan minum air yang tidak bergas seperti Teh Ais Limau. Saya harap saya akan dapat menonton filem seperti ini lagi. Hingga berjumpa lagi!!!

merah jambu : kegemaran saya




-Monday, July 7, 2008-7:12 PM Y

http://images.google.com.sg/images?hl=en&q=teacher&gbv=2
Saya suka berangan-angan hendak menjadi guru kerana ia adalah satu-satunya perkerjaan yang digemari saya. Bagi saya, menjadi guru sangat menarik kerana mendapat gaji yang lumayan. Kadang-kala di rumah, saya selalu mengeluarkan pen penanda dan pemadam. Setelah itu, saya menulisnya di papan tulis yang terdapat di bilik saya. Papan tulis itu agak kecil tetapi saya akan tetap menggunakannya. Di rumah, konon-kononnya, ada murid-murid. Saya pula menyemak semula jawapan-jawapannya dan menyuruh murid-murid itu membuat pembetulan setelah saya semak kerja yang dibuat oleh mereka. Saya juga membuat Ejaan serta Imlak bersama-sama murid-murid di papan tulis. Saya paling suka apabila mengajar bahasa Melayu dan Inggeris kerana kedua-duanya adalah subjek kegemaran saya. Saya harap apabila dewasa kelak nanti, cita-cita saya tercapai.

merah jambu : kegemaran saya




-Sunday, July 6, 2008-4:50 PM Y

http://images.google.com.sg/images?um=1&hl=en&q=singapore+airlines
Saya suka pergi melancong. Pada Ogos nanti, saya akan ke Australia bersama-sama rakan-rakan-saya serta guru-guru. Jumlah keseluruhan ialah $2000. Tetapi bagi pelajar dari Singapura, hanya perlu membayar tidak kurang dari $300-$500 dan bagi warga-warga asing, mereka harus membayar jumlah keseluruhan iaitu $2000. Pengetua saya berkata, inilah peluang yang agak bagus kerana kalau kita pergi melancong bersama keluarga, kita tidak akan dapat bayaran sebegini. Ini semua termasuk kapal terbang, makanan dan lain-lain lagi. Agak-agak, apakah perasaan saya? Hmm... saya akan rasa ghairah dan gembira sekali. Sebenarnya, saya suka melancong pelbagai-bagai negara kerana saya boleh berbandingkan antara negeri Singapura dan negeri-negeri yang lain. Supaya, kita dapat mengenal budaya dan sejarah. Ini pertama kali saya menaiki kapal terbang. Sebelum itu, saya hanya dapat menaiki bas,kereta api dan feri. Inilah peluang yang amat terbaik.Hingga berjumpa lagi!!!

merah jambu : kegemaran saya




-Saturday, July 5, 2008-6:30 PM Y

Kegemaran saya ialah menonton televisyen. Saya suka menonton televisyen kerana ada beberapa jenis cerita yang ditayangkan di televisyen. Cerita-cerita yang saya gemar di saluran Suria ialah Puteri. Saya suka menontonnya kerana di dalam cerita ini, ada adegan yang lucu. Watak-watak di dalam cerita ini ialah Nora Danish sebagai Puteri, Beego sebagai Roslan, A.R. Badul sebagai Pak Badar, Louisa Chong sebagai Lilian, Kanchana Devi sebagai Kamala dan Siti Fazurina sebagai Anita. Watak yang sangat saya gemari ialah Puteri. Dia sangat peramah dan baik. Puteri tidak pernah ada pergaduhan antara Kamala. Mereka berdua sebernarnya kawan yang paling rapat. Puteri dan Kamala jarang berkeluar bersama Anita. Watak yang tidak saya gemari ialah Anita. Dia hidung tinggi. Makna hidung tinggi ertinya sombong. Dia selalu pergaduhan antara Puteri dan Kamala. Anita tidak pernah berbaik-baik dengan Puteri dan Kamala. Bila mereka mengajak Anita keluar. dia kadang-kala menolak ajakan itu. Itulah cerita yang saya gemari.

merah jambu : kegemaran saya




-Friday, July 4, 2008-7:03 PM Y

http://images.google.com.sg/images?gbv=2&hl=en&q=computer
Kegemaran saya yang seterusnya ialah, suka bermain komputer dan suka menuggang basikal. Saya suka bermain komputer kerana saya boleh mendapat pelbagai maklumat yang terkini. Perkara-perkara positif yang dapat saya pelajari semasa menggunakan komputer ialah menggunakannya dengan cermat. Kedua, kita harus pandai membahagikan masa antara bermain komputer dan membuat kerja lain seperti kerja sekolah. Saya juga mendapat tahu pekara negatif apabila kita menggunakan komputer. Kita tidak boleh pergi ke lelaman yang tidak baik atau tidak sopan untuk kita dan kedua, kita tidak boleh menyalahgunakan lelaman tersebut seperti memuatturunkan fail-fail yang tidak dibenarkan undang-undang.

Kegemaran saya seterusnya ialah menunggang basikal di taman Pasir Ris. Saya suka menungggang basikal kerana saya boleh mendapat angin yang sejuk. Kadang-kala, saya dan keluarga akan ke taman itu dan bersantai bersama saudara-mara saya. Kami berasa seronok dan begitu gembira sekali. Itulah kegemaran yang ingin saya kongsi kali ini.

merah jambu : kegemaran saya




-Thursday, July 3, 2008-6:43 PM Y




http://images.google.com.sg/images?gbv=2&hl=en&q=ipod+nano


Kegemaran Saya ialah membaca dan mendengar lagu di alat muzik elektronik(MP3). Saya suka membaca kerana ia dapat menambahkan ilmu dan bahasa kita. Hari Sabtu yang lalu, saya telah ke sebuah khutubkhanah di Tampines. Saya telah meminjam sebuah buku bahasa Melayu. Ia bertajuk 'Retak Menanti Belah'. Buku itu agak menarik bagi saya. Saya membacanya sehingga habis.Pada setiap hari Selasa, saya akan merujuk ke Berita Harian dan baca segmen Tunas. Ia mengandungi beberapa jenis karangan atau lukisan-lukisan yang dilukis oleh pelajar sekolah rendah. Saya juga suka mendengar lagu kegemaran saya di alat muzik elektronik(MP3) yang diberikan sebagai hadiah oleh abang saya. Saya suka mendengarnya kerana ada beberapa lagu yang sangat saya gemari. Bagi saya, mendengar lagu dapat menenangkan fikiran apabila kita menghadapi beberapa masalah. Lagu yang paling saya minati ialah lagu-lagu Melayu dan Inggeris. Banyak lagu yang boleh dimuatturunkan dari Internet. Itulah kedua-dua kegemaran saya.

merah jambu : kegemaran saya






IZAH NAZIFA Y

Nama saya Izah Nazifa Bte Jasni. Saya berumur 11 tahun dan sedang bersekolah di Sekolah Rendah Qiaonan. Saya suka Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Saya memasuki pertandingan ini kerana saya ingin mencuba blogg-ing.

ARKIB Y


July 2008



SAYA RASA...Y



SAYA INGIN...Y



CREDITSY

Designer : Ythe-girl
Base Code: %PURPUR.black-